Thursday, 19 May 2011

SELEMBAR TENTANG REALITI DAN KEHIDUPAN MEREKA

Menyingkap sejenak keadaan kehidupan masyarakat muslim di Kemboja memang menggamit kepiluan dan merungkai simpati setiap muslim yang punya rasa prihatin terhadap saudara seislam mereka di sana. Melihat anak-anak Muslim Melayu Champa ini memang sedih. Kehidupan masyarakat Muslim Melayu Champa di Kg Kopram menggamit simpati. Bagi anak-anak di sana, usah diusai perihal menuntut ilmu di sekolah kerana untuk ibu bapa membelikan sebatang pensil dan sebuah buku tulis sudah cukup terbeban bagi mereka kerana ada  yang lebih penting untuk dibelanjakan demi kelangsungan hidup. Usah bicara pasal white board, LCD, flip chart. Itu jauh panggang daripada api. Dalam kembara ini, misi kami adalah untuk mendekati dan melihat sendiri dengan mata kepala kami sebuah warna kemanusiaan di bumi orang. Tetapi sebagai Muslim kita adalah umat yang satu. Tercubit peha kiri, peha kanan akan terasa. Anak-anak ini tidak kenal tadika dan sekolah. Pemerintah mereka tidak peduli dengan golongan minoriti Muslim di bumi Kemboja. Kita prihatin atas kesedaran kerana di atas kesenangan yang selama ini kita kecapi, kita sewajarnya melihat orang lain yang kurang bernasib baik. Rezeki daripada Allah.
 Kita infakkan kembali untuk keredhaan Allah

No comments:

Post a Comment