Wednesday 24 August 2011

klia airport 140811 to phnom penh
 Kami sampai di kampung ropakram cham

 Senarai nama peserta utk diaqiqahkan di ropakram cham


pam air sumbangan ikhlas dari en.samian senin


Mission Accomplish

Syukur ke hadrat Ilahi kerna berakhir sudah misi Kembara Sinar Ramadhan Di Bumi Kemboja.Segala sumbangan dan niat murni para penyumbang telah kami realisasikan dgn sedaya yg mampu. Sekalung penghargaan utk para penaja program yg memberi bantuan dan sumbangan utk merealisasikan program ini dgn jayanya. Ribuan terima kasih kepada ibu dan ayah,sahabat handai yg banyak menyokong dan mendoakan kesejahteraan kami sepanjang program berlangsung. Semoga apa yg kami cadangkan kepada Mufti, Kedutaan Msia, dan juga penduduk- penduduk kampung dapat membantu pembangunan muslim disana.


wassalam...


Saturday 13 August 2011

Lambaian Terakhir sebelum Ke Kemboja

Assalamualaikum saudara saudari muslimin muslimat sekalian.
Sekalung Penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada mereka yg telah memberikan sumbangan untuk program sinar ramadhan di bumi kemboja ini.insyaAllah, esok(ahad) jam 9.30 pagi kami akn berlepas dari KLIA ke Phnom Penh.segala sumbangan yg telah diamanahkan kami akn salurkan kpd masyarakat Islam di sana.Mohon doakan dipermudahkan segala urusan kami sepanjang di sana.Amin.
segala yg baik dtgnya drpd Allah.dan yg buruk itu dtg dari kelemahan kami sendiri.mohon maaf atas segalanya..
 

Wednesday 20 July 2011

Satu Sumbangan Ikhlas Di Hulur, Beribu Kebaikan Tercipta


RM10 UNTUK 1 KELUARGA BAGI SUMBANGAN BERAS

UNTUK INFO LEBIH LANJUT HUBUNGI 
SAUDARA AFIFUDDIN DITALIAN 014-8410723/ 
017-2924147/013-2742526

Kami Mencari Sumbangan Untuk Anak-Anak Penghuni Madrasah Insaniah

Barang Sumbangan:
            1) Jubah dan Kopiah untuk 
                pelajar Lelaki
            2) Telekung Solat untuk 
                 pelajar Perempuan


UNTUK INFO LEBIH LANJUT HUBUNGI 
SAUDARA AFIFUDDIN DITALIAN 014-8410723/
017-2924147/013-2742526

Friday 8 July 2011

Kami Mencari Sumbangan Berbuka Puasa Untuk Anak-Anak Tahfiz Di kemboja


BERBUKA PUASA 1 HARI= RM50 UNTUK 30 ORANG ANAK-ANAK TAHFIZ DI MADRASAH KEMBOJA

UNTUK INFO LEBIH LANJUT:
HUBUNGI SAUDARA MOHD AFIFUDDIN BIN ESHAM
DITALIAN 014-8410723/ 017-2924147/ 013-2742526

Wednesday 6 July 2011

Bentuk- Bentuk Sumbangan

        • PEMBINAAN TELAGA- RM850                     (Satu Bahagian TELAGA RM170) 
        •  
        • AQIQAH LEMBU (satu bahagian LEMBU RM350)  
        • KELENGKAPAN ALAT TULIS
        •  
        • KELENGKAPAN IBADAH
        •  
        • SUMBANGAN SEJADAH
        • SUMBANGAN AL-QURAN,YAASIN
 SUMBANGAN IKHLAS ANDA AMATLAH DIALU-ALUKAN
Sebarang Pertanyaan Lanjut Boleh Menghubungi 
Saudara Mohd Afifuddin Esham di talian 013-2742526

Saturday 25 June 2011

Berusaha Melakukan Kebajikan

“ Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah ( pada jalan Allah ) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah maha kaya lagi Maha Terpuji.”

(Surah al-baqarah :267)
 

Wednesday 25 May 2011

One for All and All for One

Pamphlet untuk diedarkan 
Click to enlarge
Click to enlarge

Thursday 19 May 2011

SELEMBAR TENTANG REALITI DAN KEHIDUPAN MEREKA

Menyingkap sejenak keadaan kehidupan masyarakat muslim di Kemboja memang menggamit kepiluan dan merungkai simpati setiap muslim yang punya rasa prihatin terhadap saudara seislam mereka di sana. Melihat anak-anak Muslim Melayu Champa ini memang sedih. Kehidupan masyarakat Muslim Melayu Champa di Kg Kopram menggamit simpati. Bagi anak-anak di sana, usah diusai perihal menuntut ilmu di sekolah kerana untuk ibu bapa membelikan sebatang pensil dan sebuah buku tulis sudah cukup terbeban bagi mereka kerana ada  yang lebih penting untuk dibelanjakan demi kelangsungan hidup. Usah bicara pasal white board, LCD, flip chart. Itu jauh panggang daripada api. Dalam kembara ini, misi kami adalah untuk mendekati dan melihat sendiri dengan mata kepala kami sebuah warna kemanusiaan di bumi orang. Tetapi sebagai Muslim kita adalah umat yang satu. Tercubit peha kiri, peha kanan akan terasa. Anak-anak ini tidak kenal tadika dan sekolah. Pemerintah mereka tidak peduli dengan golongan minoriti Muslim di bumi Kemboja. Kita prihatin atas kesedaran kerana di atas kesenangan yang selama ini kita kecapi, kita sewajarnya melihat orang lain yang kurang bernasib baik. Rezeki daripada Allah.
 Kita infakkan kembali untuk keredhaan Allah

WE L0VE...WE CARE..WE SHARE..




HULURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI



Bendahari UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
-Kembara Sinar Ramadhan di Bumi Kemboja
atau
155108811611 (Maybank)

ATAU HUBUNGI KAMI

Hafizul - 013-2330922
Nurul Bariah - 019-3690834
Afifuddin - 013-2742526


Objektif

· Meningkatkan  taraf hidup masyarakat MuslimKemboja.
· Menyalurkan sumbangan kelengkapan harian, sekolah dan ibadah, terus kepada masyarakat Muslim Kemboja
· Memberi bimbingan  dan khidmat nasihat kepada masyarakat kemboja bagi menjana pendapatan berterusan masyarakat di sana.
· Membantu membaikpulih dan menyumbang kelengkapan surau dan sekolah