Wednesday, 25 May 2011

One for All and All for One

Pamphlet untuk diedarkan 
Click to enlarge
Click to enlarge

Thursday, 19 May 2011

SELEMBAR TENTANG REALITI DAN KEHIDUPAN MEREKA

Menyingkap sejenak keadaan kehidupan masyarakat muslim di Kemboja memang menggamit kepiluan dan merungkai simpati setiap muslim yang punya rasa prihatin terhadap saudara seislam mereka di sana. Melihat anak-anak Muslim Melayu Champa ini memang sedih. Kehidupan masyarakat Muslim Melayu Champa di Kg Kopram menggamit simpati. Bagi anak-anak di sana, usah diusai perihal menuntut ilmu di sekolah kerana untuk ibu bapa membelikan sebatang pensil dan sebuah buku tulis sudah cukup terbeban bagi mereka kerana ada  yang lebih penting untuk dibelanjakan demi kelangsungan hidup. Usah bicara pasal white board, LCD, flip chart. Itu jauh panggang daripada api. Dalam kembara ini, misi kami adalah untuk mendekati dan melihat sendiri dengan mata kepala kami sebuah warna kemanusiaan di bumi orang. Tetapi sebagai Muslim kita adalah umat yang satu. Tercubit peha kiri, peha kanan akan terasa. Anak-anak ini tidak kenal tadika dan sekolah. Pemerintah mereka tidak peduli dengan golongan minoriti Muslim di bumi Kemboja. Kita prihatin atas kesedaran kerana di atas kesenangan yang selama ini kita kecapi, kita sewajarnya melihat orang lain yang kurang bernasib baik. Rezeki daripada Allah.
 Kita infakkan kembali untuk keredhaan Allah

WE L0VE...WE CARE..WE SHARE..




HULURKAN SUMBANGAN ANDA MELALUI



Bendahari UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
-Kembara Sinar Ramadhan di Bumi Kemboja
atau
155108811611 (Maybank)

ATAU HUBUNGI KAMI

Hafizul - 013-2330922
Nurul Bariah - 019-3690834
Afifuddin - 013-2742526


Objektif

· Meningkatkan  taraf hidup masyarakat MuslimKemboja.
· Menyalurkan sumbangan kelengkapan harian, sekolah dan ibadah, terus kepada masyarakat Muslim Kemboja
· Memberi bimbingan  dan khidmat nasihat kepada masyarakat kemboja bagi menjana pendapatan berterusan masyarakat di sana.
· Membantu membaikpulih dan menyumbang kelengkapan surau dan sekolah